Sunday 6 March 2011

Selamat datang :)

Selamat datang ke blog yang disediakan khas kepada pelajar pra- universiti SMK Munshi Abdullah, khasnya ditujukan kepada ahli- ahli jawatan kuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tahun 2010. Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:

  1. Memastikan sebarang maklumat atau berita terkini berkaitan dengan MPP ataupun yang melibatkan seluruh pelajar Pra- Universiti SMK Munshi Abdullah disebarkan secara sistematik dan pantas.
  2. Memastikan sebarang jalan kerja Majlis Perwakilan Pelajar SMK Munshi Abdullah dicatatkan dengan teratur dan jelas.
  3. Menjalinkan hubungan yang mesra antara pelajar Pra- Universiti SMK Munshi Abdullah dengan MPP.
  4.  Mengukuhkan hubungan silaturahim antara Majlis- majlis Perwakilan Pelajar antara sekolah di seluruh Malaysia yang turut menawarkan kursus STPM.
Sekian sahaja untuk kali yang pertama ini. Saya, sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar sentiasa mengalu- alukan kedatangan saudara dan saudari ke blog ini. Semoga bersua muka lagi pada masa hadapan.

Terima Kasih :)
Amanda Law Jia Yi
Pengerusi MPP
SMK Munshi Abdullah

1 comment:

  1. Nice blog la~~better than mine~haha..support support ^_^

    ReplyDelete